Anda Boleh Menerima
Kristus Saat Ini juga Dengan
Berdoa Berdasarkan Iman:
(Doa ialah percakapan dengan Tuhan)
Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia lebih mementingkan sikap
hatimu daripada katakatamu. Berikut merupakan satu doa yang disarankan:
"Tuhan Yesus, aku memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di
atas salib untuk mengampunkan dosa-dosaku. Aku membuka pintu hatiku dan
menerima Engkau sebagai Penyelamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana
memberi hidup yang kekal kepadaku. Jadikanlah aku seorang peribadi
mengikut kehendakMu. Amin. "
Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda?
Jika ya, ucapkan doa ini sekarang juga, dan Kristus akan masuk ke dalam
hidupmu seperti yang telah dijanjikan-Nya.
Bagaimana Mengetahui Bahawa Kristus Berada Di Dalam
Hidup Anda?
Sudahkah anda mengundang Kristus masuk ke dalam hidup anda semasa
anda berdoa? Berdasarkan janji-Nya dalam Wahyu
3:20, di mana Kristus sekarang dalam hubunganNya dengan anda?
Kristus berjanji bahawa Dia akan masuk ke dalam hidup anda. Adakah Dia
akan menyesatkan anda? Jadi, bagaimana anda mengetahui bahawa Tuhan
telah menjawab doa anda? (kesetiaan Tuhan dan Firman-Nya -- Tuhan
menepati janjijanj i-Nya)
Alkitab Menjanjikan Hfdup Yang Kekal Kepada Semua
Orang Yang Menerima Kristus
"Inilah kesaksiannya: Tuhan telah memberi kita hidup yang kekal, dan
hidup ini berada pada Anak-Nya. Sesiapa yang memiliki Anak Tuhan
memiliki hidup ini, dan sesiapa yang tidak memiliki Anak Tuhan, tidak
memiliki hidup yang kekal ini. Semuanya itu kutuliskan kepada kamu,
supaya kamu yang percaya pada nama Anak Tuhan tahu bahawa kamu memiliki
hidup yang kekal." 1 Yohanes 5:11-13
Bersyukurlah kepada Tuhan bahawa Kristus berada di dalam
hidup anda dan Dia tidak akan meninggalkan anda
(Ibrani 13:5b). Anda boleh mengetahui
bahawa Kristus tinggal di dalam hidup anda dan anda mempunyai hidup yang
kekal pada ketika anda mengundang Dia berdasarkan janji-Nya. Dia tidak
akan memperdayakan anda.
Bagaimana dengan perasaan?
Jangan Bergantung Pada Perasaan
Janji dalam firman Tuhanlah yang berwibawa, bukan
perasaan kita. Orang Kristian hidup dengan iman (percaya) pada kesetiaan
Tuhan dan Firman-Nya. Gambarajah keretapi ini menggambarkan hubungan
antara FAKTA (Tuhan dan Firman-Nya), IMAN (kepercayaan kita pada Tuhan
dan Firman-Nya), dan PERASAAN (akibat daripada iman dan ketaatan kita).
(Yohanes 14:21)
|

|
|
enjin |
bahan api |
gerabak penumpang |
Keretapi itu boleh berjalan dengan atau tanpa gerabak
penumpang. Sebaliknya, mustahil untuk menarik keretapi itu dengan
gerabak penumpangnya. Demikian juga, kita sebagai seorang Kristian tidak
harus bergantung pada perasaan tetapi meletakkan iman kita pada
kesetiaan Tuhan dan janji-janji dalam Firman-Nya.
Sesudah Anda Menerima Kristus
Pada saat anda menerima Kristus melalui iman, banyak hal
telah berlaku dalam hidup anda, termasuklah hal yang berikut:
1. Kristus telah masuk ke dalam hidup anda.
(Wahyu 3:20, Kolose 1:27)
2. Dosa-dosa anda telah diampunkan. (Kolose
1:14)
3. Anda telah menjadi seorang anak Tuhan. (Yohanes
1:12)
4. Anda telah memulai perjalanan hidup yang selaras dengan rancangan
Tuhan untuk hidup anda.
(Yohanes 10:10, 2 Korintus
5:17 & 1 Tesalonika 5:18)
Bolehkah anda fikirkan hal lain yang lebih istimewa
daripada menerima Kristus? Mahukah anda sekarang mengucap syukur kepada
Tuhan kerana apa yang Dia telah lakukan untuk anda? Perbuatan bersyukur
kepada Tuhan menunjukkan iman.
Sekarang, apa pula?
Saranan-Saranan Untuk Pertumbuhan
Rohani
Pertumbuhan rohani adalah hasil daripada kepercayaan
kepada Yesus Kristus. "Orang yang benar akan hidup dengan iman."
(Galatia 3:11) Hidup yang berdasarkan iman akan membolehkan anda semakin
mempercayai Tuhan dalam segala hal kehidupan anda, dan mempraktikkan
hal-hal yang berikut:
| T |
Tiap-tiap hari, datang ke hadirat Tuhan
melalui doa.
(Yohanes 15:7) |
| U |
Usaha dalam membaca Alkitab setiap hari,
mulai daripada kitab Yohanes. (Kisah
17:11) |
| M |
Mentaati Tuhan dari semasa ke semasa.
(Yohanes 14:21) |
| B |
Bersaksi tentang Kristus sama ada melalui
percakapan mahupun cara hidup anda.
(Matius 4:19, Yohanes 15:8) |
| U |
Usaha dalam mempercayai Tuhan dalam segala
hal kehidupan anda. (1 Petrus 5:7)
|
| H |
Hendaklah anda membiarkan Roh Kudus
menguasai dan memberi kuasa kepada anda dalam kehidupan seharian
dan kesaksian anda.
(Galatia 5:16-17, Kisah 1:8) |
Ada satu hal lagi yang sangat penting untuk
pertumbuhan rohani.
Kepentingan Sebuah Gereja Yang Baik
Dalam Ibrani 10:25, kita diperingatkan supaya "
janganlah kita menghentikan kebiasaan kita berkumpul bersama-sama...".
Beberapa potongan kayu yang dibakar bersamasama akan bernyala marak,
tetapi apabila salah sepotong kayu itu diasingkan, apinya pasti akan
padam. Demikian juga hubungan anda dengan orang-orang Kristian yang
lain.
Jika anda bukan anggota sesebuah gereja, janganlah
menunggu undangan. Ambillah inisiatif untuk menghubungi atau melawat
gereja yang berdekatan di mana nama Yesus Kristus diagungkan dan Firman
Tuhan dikhutbahkan. Mulailah minggu ini dan buat rancangan untuk tetap
menghadiri gereja itu.
Mahukah anda berkongsi tentang penemuan anda ini? |